Teknik Membaca Berkesan

 

Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning. Manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH daan SQ3R.
   
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut : K [Know]  - apa yang telah diketahui sebelum membaca.

W [ Want] - apa yang hendak diketahui sebelum membaca.

L [ Learned] - apa yang telah diketahui selepas membaca.

H [ How] - bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan-yang berkaitan untuk membaca seterusnya.

   
SQ3R SQ3R adalah teknik membaca yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961) . Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
S - survey[ tinjau]

Q - question [ soal / tanya ]

R - read [ baca ]

R - recite [ imbas kembali atau nyatakan secara lisan ]

R - review [ baca semula ]

   
Survey - tinjau: ialah langkah membaca utk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan bacaan. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan dan perenggan akhir di bahagian akhir bahagian buku atau teks.
   
Question - soal atau tanya : ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menggambarkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut. Ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba cari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
   
Read - baca : ialah perinkat pelajar sebenarnya membaca teks atau bahan tersebut secara aktif srta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikan sebelum ini. Ketika membaca pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan tambahan, berdasarkan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan.
   
Recite - imbas kembali: ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca pelajar akan mengingat apa yang telah dibaca dan meneliti segala apa yang telah diperoleh.Pemilihan maklumat yang sesuai dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
   
Review - baca semula : merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian buku atau teks ecara terpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan yang telah dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta yang tertinggal.
   
Skimming dan Scanning Skimming dan Scanning ini adalah sesuai untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah.

Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting pada setiap perenggan untuk mendapat gambaran umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula, fokus  kita diberikan kepada bahagian tertentu dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan pada sesuatu bahan bacaan.