Make your own free website on Tripod.com

 

Bersama Hayati Keindahan Islam

Guru Berkualiti Aspirasi Negara
Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Kg.Baharu telah diadakan pada 21 Mei 2003 di perkarangan sekolah ini dengan meriah sekali. Suatu pertandingan perarakan mengikut rumah sukan telah diadakan. Peserta telah berjalan kaki di kampung sekitar sekolah ini dalam jarak kurang lebih 3km. Semua murid dan guru telah mengambil bahagian. Dua minggu sebelumnya suatu pertandingan melukis poster, mewarna dan membuat kain rentang juga telah di buat mengikut rumah sukan. Membuat kain rentang disertai oleh murid tahun 5 & 6, melukis poster disertai oleh murid tahun 3 & 4 manakala pertandingan mewarna disertai oleh murid tahun 1 & 2. Hadiah telah disediakan oleh pihak sekolah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga serta 3 cenderahati bagi setiap kelas.   Setelah selesai perarakan maulidur rasul diadakan pada pagi 21 Mei, acara sambutan Perayaan Hari Guru pula diadakan.

Acara ini dimulakan pada jam 09.45 pagi dengan acara basikal lambat utk guru lelaki. Semua guru lelaki telah menyertainya.

Kemudian di ikuti dengan acara menjaring bola hoki dalam gol (GP), menjaring bola jaring (GL), pertandingan membaling belon berisi air (L+P), bahasa isyarat (kumpulan) dan  menyampaikan pesanan (Kmpulan).

Sambutan pada hari tersebut tidak dapat ditamatkan sebagaimana yang sepatutnya disebabkan kesuntukan masa. Penyampaian hadiah (bagi sambutan maulidur rasul ) telah diadakan pada keesokan hari (22/5) setelah selesai peperiksaan hari pertama.

Pada hari Ahad (25/5) telah diadakan penyampaian hadiah bagi acara permainan hari guru. Acara di mulai dengan bacaan Perutusan Hari Guru, ucapan wakil murid, nyanyian lagu Guru Malaysia serta ucapan Tuan Guru Besar.

       
Bersama Hayati Keindahan Islam  

Guru Berkualiti Aspirasi Negara