Johan Pidato Piala Diraja (Bahasa Melayu ) Negeri Terengganu 2003.

Pelajar Tahun 6M Sekolah Kebangsaan Kampung, Muhamad Irsyad Khir bin Jamaludin telah berjaya menjadi johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Tahun 2003 yang telah diadakan pada 16 Jun lalu di Sekelah Menengah Kebangsaan Syeikh Malik, Kuala Terengganu.

Muhamad Irsyad Khir  yang juga merupakan seorang pengawas sekolah ini, sebelumnya telah menjadi johan dalam pertandingan di peringkat Zon Besut Barat yang telah dilangsungkan pada 9 Jun ( Isnin ) bertempat di SK Kg. Baharu. Beliau juga telah dapat mengatasi peserta lain dalam pertandingan peringkat Daerah Besut yang di adakan pada 11 Jun juga bertempat di SK Kg Baharu. Pada hari yang sama juga telah diadakan Pertandingan Bercerita dan wakil sekolah ini juga telah menjadi Johan ZBB.

Dengan kemenangan tersebut pelajar ini akan mewakili Negeri Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsan yang akan di langsungkan di Dewan Muktamat Pusat Islam Kuala Lumpur pada bulan Julai nanti.

Menurut Guru Pembimbing, Puan Hasmah Bakar dan En. Zairuddin Jusoh, pelajar tersebut memang mempunyai bakat yang besar dalam pidato dan mereka  iptimis pelajar ini akan memperoleh  kejayaan yang membanggakan buat Negeri Terengganu, Daerah Besut serta seluruh warga SK Kg Baharu.

Seluruh warga SK Kg Baharu mendoakan kejayaan Muhamad Irsyad Khir dalam pertandingan yang bakal ditempuhinya nanti.