Ceramah Motivasi UPSR 2003.

 

Suatu program ceramah motivasi dan temu cakna bersama dengan ibubapa pelajar tahun 6 Sek. Keb. Kg. Baharu akan diadakan pada 25 Jun 2003, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Pengisian aktiviti ini akan disempurnakan oleh Pakar Motivasi Pelajar iaitu Tuan Haji Nik Mohamad bin Nik Lib dari Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan.

Seramai 111 orang calun UPSR bersama dengan ibubapa mereka akan sama-sama mengikuti program ini. Menurut Tuan Guru Besar SK. Kg. Baharu, Tuan Haji Othman Salleh, program sepeti ini diadakan setiap tahun adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesediaan minda dan emosi pelajar dalam menghadapi peperiksaan sebenar pada pertengahan September nanti.

Tegas beliau lagi, motivasi ini juga sebagai pelengkap dan penyokong kepada semua usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru sekolah ini dalam memperlengkapkan pelajar dengan persediaan akademik untuk menghadapi peperiksaan.

Tuan Guru Besar juga mengharapkan semua ibubapa yang dijemput hadir ke sekolah tidak menguzurkan diri mereka demi untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak dan juga kepada guru-guru sekolah ini.

Semoga program ini akan memberikan kemanfaatan yang maksima kepada semua pelajar. Selamat mengikuti motivasi dengan jayanya.