Untuk menjadi pelajar cemerlang adik-adik hendaklaah berakhlak:
BERAKHLAK DENGAN ALLAH.
BERAKHLAK DENGAN IBUBAPA.
Taat kepada kedua-duanya kecuali dalam perkara maksiat.
Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
Tidak meninggikan suara bila berbicara bersama mereka.
Tidak memotong perbualan mereka.
tidak keluar rumah tanpa keizinan mereka.
Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan dan mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
Tidak merendah dan menghina mereka apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan kita.
Tidak tertawa berdekah-dekah di hadapan mereka.
Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
Tidak memanjangkan tangan untuk menjamah makanan yang dihadapan mereka.
Tidak tidur dan berbaring ketika meeka sedang duduk kecuali dengan keizinan mereka.
Tidak menjulurkan kaki dan tidak berjalan di hadapan mereka.
Menjawab panggilan mereka dengan seberapa yang boleh.
Memuliakan sahabat mereka baik semasa mereka masih hidup atau sesudah mati.
Tidak berkawan atau bergaul dengan mereka yang mendurhakai ibubapa.
Selalulaah berdoa kepada kedua-duanya terutamanya setelah mereka telah meninggal dunia sebagaimana firman Allah dalam alquran " Tuhanku.........kasihanilah mereka sebagaimana mereka mendidikku ketika aku masih kecil".
BERAKHLAK DENGAN GURU.
aluan GB | Moto | P.Pelanggan | FPN | Teras. | Carta Org. | |
kalendar 03 | cuti | index | kakitangan | album | ||
download | undang2 | teknik | ||||
jadual gaji |