FAKTA MENGENAI ROKOK -20030621

Siapakah yang sering terdedah kepada asap rokok pasif dan apakah kesannya ?
 


@ Golongan wanita terutama isteri perokok.

Berisiko menghadapi kanser paru-paru 30% lebih tinggi berbanding dengan isteri seorang yang bukan perokok.

Sekiranya dia hamil, dia berisiko untuk melahirkan bayi yang kurang berat badan, tidak cukup bulan, bayi yang cacat, kematian serta keguguran janin dan sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut.

@ Kanak-kanak terutama ibubapa mereka merokok.

Mudah diserang jangkitan saluran pernafasan, telinga, paru-paru dan kerap mendapat lelah.

 

 

 
@ Rakan-rakan sekerja, serumah dan sebilik dengan perokok.

Mereka akan mengalami kesan-kesan seperti batuk, pedih mata, gangguan bau dan alahan.

Sekiranya mereka pesakit jantung, mereka lebih mudah mendapat serangan jantung manakala pesakit asma pula lebih mudah mendapat serangan lelah yang teruk.
 
Udara Yang Bersih Perlu Bebas Daripada Asap Rokok:

@ asap rokok adalah punca utama pencemaran udara dalam rumah / bangunan yang menyumbang kepada 80 % pencemaran.

@ Asap Rokok Pasif ialah gabungan asap rokok sisi yang keluar daripada bahagian rokok yang menyala dan asap rokok aliran utama yang dihembus keluar oleh perokok.

@ Orang yang tidak merokok tetapi kepada asap rokok pasif ini dikenali sebagai Perokok Pasif.

@ Asap rokok menjejaskan kesihatan perokok dan bukan perokok kerana ia mengandungi 4000 jenis bahan kimia, 200 daripadanya adalah beracun dan 63 daripadanya penyebab KANSER.

Perokok pasif menhadapi risiko yang tinggi kepada pelbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan asap rokok berbanding dengan orang yang tidak terdedah kepada asap rokok.

@ Antara penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan asap rokok pasif ialah KANSER PARU-PARU, PENYAKIT JANTUNG, PENYAKIT SALURAN PERNAFASAN OBSTRUKTIF KRONIK dan lain-lain.
 
 
 
 

 

Tuntutlah hak anda untuk menikmati udara yang bersih dan bebas daripada asap rokok