Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

 
  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT. kerana dengan hidayah dan Inayah Nya membolehkan kita semua masih lagi menabur bakti terhadap anak bangsa di tanah air yang tercinta ini.

Pada kesempatan ini saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana diberikan sedikit ruang untuk memperkatakan sepatah dua kata sempena dengan pembinaan laman Sek. Kebangsaan Kampung Baharu ini. Sesungguhnya program yang seumpama ini amatlah berguna dan banyak manfaatnya kepada semua terutamanya pelajar-pelajar kita yang sangat dahagakan ilmu pengeahuan. Web Site seumpama ini boleh dijadikan sebagai suatu medan yang boleh kita gunakan untuk menyebarluaskan lagi ilmu pengetahuan yang kita miliki bukan sahaja kepada murid di mana tempat kita mengajar  sahaja, malah dengan perkampungan global kini maka sesiapa dan dimana sahaja ianya boleh dicapai.

Globalisasi juga telah menjadikan dunia pendidikan seakan sebuah Library sahaja. Kita boleh mencapai berbagai maklumat, bila-bila masa dan dimana sahaja yang kita sukai. Sekarang pilihan terletak ditangan kita, samada menggunakan kemudahan yang ada dengan secara yang positif atau sebaliknya. Tepuk dada tanya iman.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru sekolah ini yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan laman ini.  Kerja yang seumpama ini tentunya tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna tanpa komitmen yang tinggi.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah di atas pembinaan laman ini semoga ianya akan menjadikan pendorong kepada anak didik kita dalam menghadapi masa mendatang dengan lebih tekun dan berwawasan.

Sekian terima kasih.

 

Yang Benar.

 

Haji Othman bin Hj. Salleh

Guru Besar

SK Kg. Baharu.

 

 
 

 

   

 

sekilas

Index Moto P.Pelanggan FPN Teras. Carta Org.
  kalendar 03 cuti guru kakitangan album  
    download undang2 teknik    
      jadual gaji